KEPENTINGAN DASAR-DASAR PENDIDIKAN TERHADAP KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA



                                 SAIFUL AIMAN BIN NORIZAN

    D20212099167


 Latar belakang pendidikan di Malaysia

            Kebanyakan negara berusaha untuk menambah baik sistem pendidikan mereka untuk bersaing dengan lebih berkesan dalam ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Globalisasi membawa kepada kesedaran pihak kerajaan dalam kemajuan ekonomi dan sistem pendidikan lain yang pesat berkembang. Kerajaan mungkin ingin mencontohi kejayaan negaranegara lain walaupun terdapat pandangan yang kukuh bahawa keberkesanan 'peminjaman dasar' itu dibatasi oleh perbezaan kontekstual dan budaya. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013) merupakan contoh pelan pembaharuan di Asia.



Insiatif dasar pendidikan



( Persekutuan ) Kementerian pendidikan Malaysia ( KPM )

Bertanggungjawab dalam pembangunan dasar dan peraturan di bawah kepimpinan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM).


 

( Negeri ) Jabatan pendidikan negeri ( JPN )

•Menyelaras dan memantau pelaksanaan program, projek dan aktiviti pendidikan

•Memberi maklum balas kepada pihak KPM dalam perancangan secara keseluruhan.

 


( Daerah ) Pejabat pendidikan daerah ( PPD )

Menghubungkan pihak sekolah dan JPN dengan menyelaras dan memantau pelaksanaan program, projek dan aktiviti di peringkat sekolah.

 



( Sekolah ) Sekolah menengan & sekolah rendah

Pengetua dan guru besar bertanggungjawab dalam kepimpinan profesional dan pengurusan di sekolah.

 

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Latar belakang

 Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.

 

Rasional

 Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan (suppress) semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk Negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.

Objektif

    Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu: "BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi. Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru - baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insane yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan.

Strategi Pelaksanaan

 Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:

 I. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama;

 II. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah;

III. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;

 IV. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;

 V. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;

 VI. Mengadakan peluang pendidikan asas selama Sembilan tahun;

 VII. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan member perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;

 VIII. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;

 IX. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978;

 X. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;

 XI. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;

 XII. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa - bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan

XIII. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

 

Tujuan dasar pendidikan :

1.       Kawalan

2.       Kebajikan

3.       Solusi

4.       Inovasi

 

 Dasar kawalan dalam pendidikan

  Bagi Dasar Kawalan, ianya bertujuan untuk memberikan tumpuan terhadap soal disiplin. Akta ini mengenakan syarat serta hukuman di atas tingkah laku dan kesalahan yang dilakukan yang mana adalah merupakan bentuk daripada dasar legislatif yang mana merupakan dasar yang diterapkan dalam isu disiplin. Setiap pendidikan dan  pelajar akan mematuhi perkara-perkara yang tedapat dalam syarat yang sudah termaktub dalam Dasar Kawalan supaya tidak akan dikenakan hukuman.Antara contoh Dasar Kawalan yang ada di Malaysia ialah Kod etika, Peraturan dan Undang-Undang Pendidikan dan Akta Pendidikan 1996. Akta-akta ini adalah amat penting kerana ianya bagi memastikan setiap guru dan pelajar menjadi seseorang yang berdisiplin dan amanah dalam menjalankan tugas masing-masing sebagai pendidik dan pelajar.

Dasar solusi dalam pendidikan

 Dasar Solusi pula adalah untuk menyelesaikan masalah terutamanya dalam aspek sosial dan ekonomi. Dasar ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara para pelajar terutamanya yang berbeza agama, kaum, bangsa dan status sosio ekonomi mereka seperti dasar 1M1S. Dasar ini juga bagi mengelakkan berlakunya keciciran pelajar dan juga bagi menjadikan sesebuah sekolah sebagai tempat yang selamat untuk para pelajar belajar dan bersosial seperti dasar Keciciran Sifar dan dasar Sekolah Selamat. Dasar ini juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mampu menguasai Ilmu Sains, Matematik, Teknologi dan bahasa inggeris seperti dasar PPSMI. Dasar ini juga adalah untuk membangunkan pelajar yang mencintai dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan menguasai bahasa Inggeris seperti dasar MBMMBI.

Dasar kebajikan dalam pendidikan

Usaha memperbaiki kebajikan dan perkhidmatan dalam pendidikan

Contoh:

Dasar Kebajikan adalah untuk memberikan bantuan khususnya kepada para pelajar yang susah untuk menampung keperluan untuk bersekolah. Contohnya, Dasar Bantuan Kewangan (Biasiswa, PTPTN, KWAMP), Bantuan Pendidikan (RMT, Skim Susu, derma), Pinjaman Buku Teks dan Perlindungan Pelajar (Skim Insurans). Hal ini supaya pelajar dari pelbagai latar belakang mempunyai peluang untuk menambahkan ilmu, kemahiran dan sifat kemanusiaan kearah yang lebih tinggi. Ini akan membuka peluang pekerjaan yang lebih cerah kepada pelajar dan akan menjadikan negara Malaysia lebih maju.

Dasar inovasi dalam pendidikan

Contoh:

 Dasar Inovasi pula memiliki kepentingan bagi memastikan pendidikan Malaysia sentiasa ada pembaharuan kearah yang lebih baik. Sifat dasar ini adalah berbentuk futuristik-pragmatik kerana membawa pendidikan yang sudah sedia ada menjadi lebih baik secara bertahap. Sentiasa memperbaiki kelemahan-kelemahan terdahulu dari semasa ke semasa akan menjadikan pendidikan di Malaysia terus berkembang maju selaras dengan negara-negara moden yang lain. Antara dasar inovasi di Malaysia ialah Sekolah Berprestasi Tinggi, TVET, ICT dalam Pendidikan dan Sekolah Bakat (Seni Dan Sukan).

 

Membentuk keterampilan dan keperibadian pelajar

1.      Pemantapan kokurikulum

·         Memupuk nilai-nilai murni

·         Pendidikan kesihatan repoduktif dan social

 

2.      Pemantapan kokurikulum dan sukan

·         1 pelajar, 1kelab dan persatuan

·         1 pelajar, 1 sukan

·         Sediakan kemudahan dan peralatan sukan

·         Menambah bilangan guru PJK

·         Memperkasakan sekolah sukan

 

3.      Pengukuhan disiplin pelajar

·         Membangunkan system aduan disiplin

·         Kampen anti buli, anti ponteng

·         Pengenaan syarat-syarat ke atas cyber café

·         Memantau sekolah-sekolah yang menghadapi masalah disiplin

 

4.      Pembudayaan adab dan budi Bahasa

·         Kampen budi Bahasa dan nilai-nilai murni

 

5.      

1.      Pengukuhan program 3k

·         ( Kebersihan ) program amalan kebersihan sekolah

·         ( Kesihatan ) Perkhidmatan pergigian

·         ( Keselamatan ) Program sekolah selamat




Wujudnya krisis jati diri dalam kepimpinan negara apabila ada di antara mantan pimpinan kanan dan parti utama kerajaan membidas usaha mengangkat martabat bahasa Melayu

bahasa Melayu juga telah mencapai kemantapan dalam bidang pendidikan sebagai bahasa pengantar utama pendidikan negara.


Rujukan

 : https://www.sinarharian.com.my/article/204704/BERITA/Nasional/Pemimpin-tak-serius-martabat-bahasa-Melayu-wujud-krisis-jati-diri

https://www.nottingham.edu.my/Education/documents/education-leadership-conference/Policy-Brief-No-7-BM.pdf



Comments

Popular posts from this blog

HUBUNGKAITAN DI ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN, DASAR PENDIDIKAN DAN SISTEM PENDIDIKAN KE ARAH KEMANTAPAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

IMPLIKASI PELAKSANAAN DASAR-DASAR PENDIDIKAN DI MALAYSIA TERHADAP PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN NEGARA