HUBUNGKAITAN DI ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN, DASAR PENDIDIKAN DAN SISTEM PENDIDIKAN KE ARAH KEMANTAPAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pengenalan
Sebelum
membahaskan berkenaan dengan hubungkait antara falsafah pendidikan, dasar
pendidian dan sistem pendidikan dalam usaha memantapkan lagi perkembangan
pendidikan di Malaysia, menjadi satu kewajaran untuk semua pihak memahami
terlebih dahulu maksud sebenar ketiga-tiga perkara berkenaan.
Falsafah
Pendidikan merupakan suatu kaedah atau cara Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam memperkembangkan dan membina potensi setiap individu di negara ini yang
mana usaha tersebut dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan
insan yang seimbang. Untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai kekuatan
rohani, jasmani, emosi, intelektual yang tinggi dan berakhlak mulia memerlukan
satu usaha yang berterusan daripada semua pihak. Oleh demikian, melalui
falsafah pendidikan ini, perkara tersebut sedikit sebanyak dapat membantu usaha
murnia kerajaan dalam melahirkan individu-individu yang dinyatakan sebentar
tadi.
Menurut
ahli Falsafah Islam iaitu al-Khindi, falsafah merupakan suatu ilmu pengetahuan
mengenai sebab dan realiti ilahi yang pertama dan merupakan sebab dari semua
realiti. Di dalam urutan ilmu pengetahuan duniawi, ilmu falsafah merupakan ilmu
yang perlu diutamakan dan setiap individu perlu mempelajarinya.
Dasar
pendidikan pula merupakan perkara yang digubal untuk melahirkan satu masyarakat
yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang
terlatih bagi membina negara ini ke arah negara yang maju dan berdaya saing.
Penggubalan Dasar Pendidikan ini juga bertepatan dengan kehendak semasa yang
mana ingin mengganti sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh penjajah yang menjajah
negara ini sewaktu ketika dahulu melalui beberapa peringkat.
Sistem pendidikan bermaksud suatu silibus atau pengurusan struktur dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mana terdiri daripada beberapa perkara asas. Struktur pendidikan di Malaysia dilaksanakan di beberapa institusi dan peringat pengajian seperti prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan peringkat universiti manakala sistem ini dikawal selia oleh satu organisasi yang akan mengatur, membiayai dan menyediakan perkhidmatan untuk melaksanakan pendidikan yang bersesuaian dengan tahap pengajian seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Negara dan sebagainya. Hal ini menjadikan semua hal yang dirancang berkaitan dengan pendidikan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
DASAR DAN DASAR
PENDIDIKAN
Sebagaimana
dinyatakan di atas di dalam perenggan pengenalan kepada 3 perkara yang
dibincangkan iaitu Falsafah, Dasar Pendidikan dan Sistem Pendidikan. Jelaslah
menampakkan maksud yang ingin dicapai oleh sebuah kerajaan dalam menjayakan
pendidikan di dalam negara. Dasar secara umumnya boleh didefinisikan sebagai
suatu perkara asas atau perkara yang penting dan perlu dilaksanakan kerana ia dibuat
untuk kebaikan kepada negara dan masyarakat. Dari segi istilah pula, dasar
merupakan asas, tunjang dan teras yang bertujuan untuk mengukuhkan sesuatu
perkara. Manakala dasar pendidikan boleh dimaksudkan dengan suatu prinsip dan
tindakan khusus berkaitan dengan isu-isu pendidikan yang mesti diikuti dan
direka bentuk untuk mencapai matlamat yang ditetapkan di dalam dasar berkenaan.
Ini menjadi garis panduan dan ukuran kepada tahap pencapaian dalam mencapai
hasrat pendidikan yang inklusif dan eksklusif.
TUJUAN DASAR
PENDIDIKAN
Dasar pendidikan di Malaysia mempunyai 4
tujuan atau dasar yang teras untuk mencapai matlamat sebenar sistem pendidikan
di negara ini. Keempat-empat tujuan atau dasar ini dipecahkan adalah untuk
memastikan kesimbangan dalam bidang pendidikan yang dapat dimanfaatkan oleh
para guru, ibu bapa dan pelajar.
Antara tujuan dan dasar berkenaan :
1.
Dasar Kawalan Dalam Pendidikan
- ü Mendisiplin
Dasar kawalan ini bermaksud untuk
mendisiplin setiap individu daripada melakukan sebarang salahlaku, tingkahlaku
dan akhlak serta sahsiah mereka dalam menjadi seorang insan yang berguna di
masa hadapan.
- ü Pencegahan, pengajaran, peringatan
Tujuan utama dasar kawalan diperkenalkan
adalah untuk mencegah, menjadi
pengajaran dan peringatan kepada setiap lapisan masyarakat berkenaan dengan
kesalahan yang dilakukan.
- ü Amaran lisan, amaran bertulis, penahanan,
pemindahan, pemecatan
Selain hukuman berat, penjara atau denda,
amaran lisan, amaran bertulis, penahanan, pemindahan dan pemecatan boleh dikenakan
terhadap mana-mana penjawat awam yang melakukan kesalahan yang dirasakan
sesuainya.
- ü Contoh dasar ini ; akta, peraturan,
undang-undang, disiplin, kod etika, tatatertib
2. Dasar Solusi Dalam Pendidikan
- ü Penyelesaian masalah
Dasar solusi yang ada di dalam sistem
pendidikan di negara ini adalah untuk menyelesaikan masalah- masalah yang timbul
di dalam pendidikan.
- ü Memberi tumpuan kepada aspek sosial dan
ekonomi
Banyak masalah yang timbul berkaitan
dengan dunia pendidikan dan dasar ini memberi penekanan terhadap aspek sosial
dan ekonomi. Hal ini kerana, pendidikan adalah suatu usaha untuk mendidik
masyarakat yang lebih baik dan berakhlak, Begitu juga, melalui pendidikan,
dapat menyelesaikan masalah ekonomi yang ada di dalam negara ini kerana
pendidikan menjadi salah satu punca pendapatan negara melalui pelancongan orang
asing dalam melihat dan mengikuti sistem pendidikan yang unik di negara ini.
- ü Tujuan : Mengatasi masalah yang timbul
Apabila sesuatu masalah itu muncul, ia
memerlukan kepada penyelesaian yang sistemetik. Jika keputusan yang dibuat
salah, maka hasil penyelesaian akan tersasar dari perkara yang sebenar. Oleh
itu melalui dasar solusi ini dapat mensejajarkan hala tuju, pelaksanaan dan
perancangan yang dibuat dalam bidang ini.
- ü Contoh :
Ø Masalah tenaga kerja mahir dalam bidang
sains dan teknologi
60% Sains, 40% Sastera
Ø Masalah obesiti, menanamkan minat
bersukan, meningkatkan mutu sukan negara
1 Murid, 1 Sukan
3. Dasar Kebajikan Dalam Pendidikan
- ü Pendidikan itu suatu kebajikan
Berkhidmat dalam bidang pendidikan
merupakan suatu kebajikan yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Ini kerana,
tidak semua mampu memberikan tunjuk ajar kepada masyarakat dalam bidang
pendidikan. Oleh itu, melalui pendidikan, seseorang itu dapat melakukan
kebajikan dan amal jariah di samping menerima gaji daripada kerajaan.
- ü Memperbaiki kebajikan dan perkhidmatan
dalam pendidikan
Pendidikan merupakan hak asasi
kanak-kanak kerana ia menjadi agen kepada perubahan dan sosialisasi seseorang
individu itu. Oleh itu melalui pendidikan, dasar ini dapat memperbaiki
kebajikan dengan memberi bantuan dan sebagainya kepada golongan yang
berpendapatan rendah. Ini menjadikan tiada jurang di antara golongan
berkemampuan dengan tidak berkemampuan dalam pendidikan.
- ü Contoh Kebajikan :
Ø Pinjaman Buku Teks
Ø Dasar Bantuan Kewangan ( Biasiswa, PTPTN
)
Ø Pembangunan Pendidikan Luar Bandar
4. Dasar Inovasi Dalam Pendidikan
- ü Tujuan : Membawa pembaharuan dalam
pendidikan
Dasar inovasi bermatlamat membawa suatu
perubahan dan pembaharuan di dalam kehidupan masyarakat di negara ini menerusi
bidag pendidikan. Melalui dasar ini, kerajaan berhasrat untuk melatih para
pelajar untuk lebih berusaha dalam mencapai kecemerlangan dalam akademik, sukan
dan sebagainya. Hal ini untuk melatih dan menjadikan pelajar tersebut sebagai
aset kerajaan dalam menyumbang tenaga ke arah pembangunan negara ini yang
berdaya maju.
- ü Contoh :
Ø Pemerkasaan sekolah ( Sekolah Kluster dan
Sekolah Berprestasi Tinggi )
Ø Pembangunan Modal Insan ( Sekolah Sukan
dan Sekolah Seni )
DASAR-DASAR
BERKAITAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
1. Dasar Bahasa Kebangsaan
Diperkenalkan pada tahun 1970an dalam
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia. Pada ketika ini,
sekolah aliran bahasa Inggeris dimansuh dan dihapuskan secara beransur-ansur.
Penggunaan bahasa Malaysia dijadikan sebagai bahasa pengantar utama bagi tujuan
menyatupadukan rakyat Malaysia.
2. Dasar Perpaduan Nasional
Dasar ini bertujuan untuk menjadikan
pendidikan sebagai agen kepada perpaduan rakyat selepas negara ini mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957. Perpaduan yang dipupuk ini melibatkan pelbagai
kaum yang mana terdiri daripada 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India serta
lain-lain kaum. Untuk merealisasikan lagi dasar ini, sebuah akta telah digubal
iaitu Akta Pelajaran 1961 yang menekankan berkenaan kurikulum dan sistem
peperiksaan serta perpaduan antara pelajar dan masyarakat.
3. Dasar Teknologi
Kerajaan Malaysia giat meningkatkan usaha
dalam membangunkan rakyat yang mahir dalam pelbagai bidang teknologi. Oleh yang
demikian, bagi memastikan hasrat tersebut tercapai, politeknik, ITM dan UTM
ditubuhkan seiring dengan keadaan ketika itu yang menggunakan teknologi.
Melalui dasar ini juga, telah ditubuhkan sekolah rintis iaitu Sekolah Bestari.
4. Dasar Guna Tenaga
Dasar ini adalah suatu dasar untuk
mewujudkan keperluan negara dalam membangunkan negara ini ke arah pembangunan
yang mampan dan sejahtera. Semenjak dasar ini diperkenalkan, beberapa akta
telah digubal antaranya Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996, Akta Majlis
Pendidikan Negara 1996 dan Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 yang mana
bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir disamping penubuhan sekolah
maktab dan universiti serta kolej.
5. Dasar Pengantarabangsaan
Dalam dunia yang serba canggih sekarang,
memerlukan akses pendidikan yang terbuka dengan memerlukan usaha untuk
menjelajah ke serta tempat dalam menuntut ilmu. Oleh itu, kerajaan melalui
kementerian pendidikan dan pengajian tinggi telah memperkenalkan satu konsep
glokal iaitu global dan local dengan mengambil pelajaran daripada luar ke dalam
negara untuk dijadikan silibus seperti Bahasa Inggeris. Melalui konsep itu,
telah disepadukan dengan kurikulum yang dilaksanakan dalam negara ini seperti
memperkenalkan program atau inisiatif PPSMI dengan menjadikan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua.
6. Dasar Pembangunan Insan
Negara ini memerlukan masyarakat yang
mampan dan berdaya maju yang mana memerlukan satu usaha dan inisiatif dalam
membangunkan insan yang seimbang dan bersepadu. Hasrat ini telah dinyatakan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi panduan kepada pendidikan
negara dalam mewujudkan dasar yang baik dan menyerlah. Dasar ini yang memenuhi
hasrat adalah bertujuan untuk mensejahterakan diri, keluarga, masyarakat dan
negara.
7. Dasar Pembentukan Negara Bangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat
bahawa pendidikan dapat membangunkan warganegara dari awal persekolah sehingga
tamat pengajian. Oleh itu, kementerian telah memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan
disiplin pelajar dan menggiatkan Rancangan intergrasi Murid serta menggiatkan
akticiti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi
bahasa dan adab di kalangan pelajar.
8. Dasar Pendidikan Holistik
Peperiksaan tidak dijadikan satu kaedah
penilaian semata-mata dalam kalangan para pelajar tetapi memerlukan kepada
kaedah lagi bagi mendidikan pelajar yang bukan sahaja bijak dan cemerlang dari
bidang akademik sahaja tetapi dalam pelbagai bidang seperti kokurikulum dan bakat
dalam seni. Oleh itu, sekolah telah melaksanakan satu inisiatif iaitu
pengumpulan mata bagi melihat keaktifan seseorang pelajar berkenaan. Inisiatif
ini diperkenalkan pada tahun 2008 melibatkan 50 buah sekolah pada awal dan pada
2009 sebanyak 500 buah sekolah dipilih dalam menjayakan projek perintis ini dan
dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2010. Pada 2011, kurikulum standard sekolah
rendah (KSSR) telah diperkenalkan bagi menggabtikan kurikulum baru sekolah
rendah (KBSR) dengan memperkenalkan formula 4M iaitu membaca, mengira, menulis
dan menaakul.
LAPORAN PENDIDIKAN
Sebelum dasar-dasar digubal dan
diperkenalkan, Malaysia telah menerima beberapa laporan pendidikan untuk
dijadikan panduan dalam membuat sesuatu dasar.
a) Laporan
Razak 1956
Laporan
Razak merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956 sebagai salah
satu usaha dalam membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Matlamat laporan ini
disediakan adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya. Laporan
ini digabungkan ke dalam Seksyen 3 daripada Ordinon Pelajaran 1957 untuk
membekalkan asas kepada rangka pelajaran atau kemerdekaan Malaya yang akhirnya
dikenali sebagai Malaysia. Cadangan yang dikemukakan oleh Penyata Razak ini
diluluskan kerajaan dan antara yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis
sekolah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
serta pengunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara.
Laporan ini mempunyai 17 cadangan iaitu
antaranya :
1.
Setiap sekolah mempunyai sukatan yang sama.
2. Bahasa Melayu merupakan Bahasa
Kebangsaan dan Bahasa Pengantar Utama.
3. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
diwajibkan dalam sekolah rendah dan menengah.
4. Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil
menjadi bahasa Pengantar bagi Sekolah Jenis Kebangsaan.
5. Sekolah rendah ditukar kepada Sekolah
Kebangsaan dan Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama.
6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja
untuk semua kaum.
7. Guru sekolah rendah dan menengah
adalah berkelayakan.
8. Sistem pendidikan sekolah menengah
adalah Sekolah Menengah Rendah, Sekolah Menengah Atas dan Pra Universiti.
Kesemua
laporan yang dibawa di dalam Penyata Razak melambangkan sikap Tanah Melayu
melaksanakan dasar bertolak ansur, perpaduan kaum, demokrasi dan kesejagatan.
b) Ordinan Pelajaran
1957.
Selepas
melihat kejayaan di dalam Laporan Razak 1956, maka suatu undang-undang telah
diluluskan iaitu Ordinan Pelajaran 1957 bagi membuat suatu perancangan
pendidikan dengan merangka semua perkara yang meliputi semua kaum dalam
masyarakat Tanah Melayu serta meliputi semua aspek struktur dan perkembangan
pendidikan Malaya. Kesemua cadangan yang dibawa di dalam Penyata Razak 1956
telah dibawa ke dalam Ordinan Pelajaran 1957 untuk dijadikan sebuah akta bagi
maksud perundangan.
c) Laporan
Rahman Talib 1960
Jawatankuasa
Rahman Talib ditubuhkan pada tahun 1960 untuk mengkaji Dasar Pendidikan
Kebangsaan dan ia merupakan kesinambungan daripada laporan Razak 1956 yang
mengkaji semula kedudukan mata pelajaran Islam, kedudukan bahasa kebangsaan dan
memperluaskan peluang dalam mendapatkan pendidikan. Laporan ini diperakui dalam
Akta Pendidikan 1961. Beberapa pindaan telah dilakukan ke atas Penyata Razak
yang antaranya :
1. Pelajaran rendah percuma untuk
kanak-kanak.
2. Sekolah rendah bantuan kerajaan
menjadi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.
3. Umur berhenti sekolah dinaikkan kepada
15 tahun.
4. Murid akan dinaikkan darjah secara
automatik.
5. Semua peperiksaan am di sekolah
menengah akan menggunakan satu bahasa pengantar sahaja iaitu Bahasa Melayu.
6. Pelajaran Islam hendaklah disediakan
di semua sekolah bantuan penuh yang mempunyai murid Islam tidak kurang daripada
15 orang.
7. Penubuhan sekolah pertukangan dan sekolah teknik.
d) Akta
Pelajaran 1961
Dasar
Pendidikan Kebangsaan telah termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961 yang
dilaksanakan sehingga sekarang. Akta ini telah melahirkan Sistem Pendidikan
Kebangsaan yang terdapat pada hari apabila dasar tersebut diasaskan kepada
peruntukan utama dalam Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Akta
ini juga merupakan suatu mandat kepada kerajaan dalam mewujudkan satu sitem
pendidikan yang bercorak kebangsaan yang memberi tumpuan atau penekanan kepada
:
1. Penguasaan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama
2. Penggunaan kurikulum yang sama bagi
semua sekolah
3. Pengambilan peperiksaan awam yang sama
oleh semua murid.
ERA PENDIDIKAN
DI MALAYSIA
FASA SEBAGAI PETUNJUK DALAM MEMBUAT DASAR
Setelah falsafah dan dasar telah ditentukan dan digubal serta termaktub dalam perundangan, maka sistem pendidikan akan dijalankan dan dilaksanakan di negara ini secara sistemetik. Untuk menjadikan sesuatu sistem itu mudah dan boleh dilaksanakan sehingga berjaya memerlukan semua kompenan saling bergabung dan saling menyokong antara satu sama lain. Sebagai contoh, kerajaan telah meklafikasikan kepada beberapa peringat pengajian untuk menyokong sistem pendidikan yang dilaksanakan di negara ini.
Sesuatu
sistem akan berjaya jika semua kompenan saling bekerjasama dan bergerak seiring
dengan keadaan semasa. Segala sistem yang ingin dilaksanakan berdasarkan
panduan falsafah pendidikan dan dasar pendidikan mestilah ditambahbaik dari
semasa ke semasa supaya ia bergerak dengan lancar ke arah matlamat yang ingin
dicapai.
CARA MEMANTAPKAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Kerajaan telah melaksanakan beberapa usaha dan dasar berkaitan falsafah pendidikan di Malaysia dalam memperbaiki sistem pendidikan yang ada di negara ini sesuai dengan perkembangan dan pembangunan semasa.
Usaha kerajaan dalam memantapkan pendidikan bermula dengan melaksanakan pendidikan percuma kepada generasi muda daripada peringkat prasekolah sehingga sekolah menengah dengan kesemua yuran pengajian ditanggung oleh kerajaan kecuali yuran-yuran yang bertujuan membantu infrastruktur pengajian di sekolah. Sehingga tahun 2021, kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM55.6 billion untuk pembangunan pendidikan di Malaysia dan menjadikan ia sebagai peruntukan belanjawan terbesar yang diterima berbanding kementerian lain. Kerajaan juga membantu para pelajar dengan pemberian RM150 untuk bantuan awal persekolah dalam menyiapkan diri mereka ke alam persekolahan setiap tahun. Hal ini dapat membantu mereka dalam proses menuntut ilmu pengetahuan.
Kerajaan juga telah menyediakan bantuan kewangan melalui pinjaman kewangan kepada para mahasiswa-mahasiwi di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di dalam negara dan luar negara. Untuk itu, Perpadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional telah menyediakan lebih RM55.16 billion kepada lebih 3 juta pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi. Kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan pelajar yang mendapat keputusan kelas pertama dikecualikan daripada pembayaran balik pinjaman. Ini sebagai langkah dan usaha kerajaan untuk memberi semangat kepada para mahasiswa dalam merealisasikan pendidikan negara. Secara tidak langsung menjadikan perkembangan pendidikan di Malaysia berkembang secara baik asbab daripada peluang pendidikan yang boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaya atau miskin.
Falsafah dan dasar
pendidikan tidak akan berjaya dijayakan sekiranya sistem pendidikan lemah, oleh
itu, kerajaan telah berusaha untuk menyesuaikan kurikulum dan sistem pendidikan
yang ada seiring keperluan zaman. Ini kerana keberhasilan seseorang graduan
daripada institusi pengajian tinggi diukur berdasarkan faktor kebolehpasaran iaitu
dengan memenuhi peluang pekerjaan yang ada. Semakin banyak dan lama mereka menganggur
menunjukkan kualiti program akademik dan sistem pendidikan yang tidak
sistemetik dan berjaya. Oleh itu, sistem akademik perlulah disemak dan
diperbaharui setiap masa seperti 5 tahun sekali. Akhirnya, sistem pendidikan
yang ada di negara ini akan menjadi sesuai dengan falsafah dan dasar pendidikan
yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, falsafah, dasar dan sistem pendidikan merupakan perkara yang saling berkait rapat dan saling melengkapi dalam pelaksanaannya. Walaupun dilihat berbeza dari sudut fungsi namun, pelaksanaanya memerlukan ketiga-tiga enitit berkenaan supaya pendidikan yang sempurna dapat dilaksanakan di negara ini bagi mewujudkan kemantapan perkembangan bidang pendidikan di Malaysia seiring dengan situasi sekarang yang memerlukan sistem pendidikan yang bertaraf antarabangsa.
RUJUKAN
1.
Zaini
Abdullah, 2021, Modul Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar,
PENERBIT UPSI, Cetakan Keenam
2.
https://naratif.org/penerbitan/makalah/asal-usul-ptptn-dan-hutang-pinjaman-pendidikan-tinggi/
4.
https://www.xpresi.org/dasar-baru-ptptn-pembayaran-dan-potongan/












Comments
Post a Comment