IMPLIKASI PELAKSANAAN DASAR-DASAR PENDIDIKAN DI MALAYSIA TERHADAP PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN NEGARA

 



 

AMIN ZAKI BIN ABU SEPIYAN
D20212099168



   
Pertamanya kami akan menjelaskan dahulu topik berkenaan Pembangunan Modal Insan dan Negara pada era sebelum dan selepas merdeka :-

1.0)          1.0)  PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN NEGARA PADA ERA SEBELUM MERDEKA




-            Seperti kita ketahui , pendidikan pada zaman sebelum merdeka terbahagi kepada dua peringkat yang menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan dan negara di Malaysia. Iaitu era masyarakat tradisional dan era penjajahan.

        Perkembangan Pendidikan di Malaysia jelas menujukkan perbandingan yang ketara dalam pembangunan modal insan dan negara era sebelum merdeka dan zaman pascamerdeka. Pendidikan di Malaysia telah melalui saat suka dan duka serta sering berlaku perubahan demi perubahan untuk memartabatkan Pendidikan di negara ini. Bermula dengan era masyarakat tradisional dan berubah pada era penjajahan.


1.1)            ERA MASYARAKAT TRADISIONAL:




-          Era ini merupakan salah satu bentuk Pendidikan yang berkisar kepada pembelajaran secara turun temurun yang biasanya diwariskan kepada generasi seterusnya. Pembangunan insan berdasarkan proses pembelajaran untuk melahirkan insan yang berkemahiran , berkebolehan dalam aspek teknikal dan praktikal. Pendidikan era masyarakat diajar oleh ibu bapa,ahli keluarga dan masyarakat sekeliling. Ibu bapa khususnya memberi tunjuk ajar berdasarkan kemahiran yang dimiliki oleh mereka.

-          Perkembangan Pendidikan pada era ini juga telah menghasilkan Sekolah Pondok dan Madrasah untuk mempelajari bidang ilmu yang lebih luas . Pembelajaran  yang diajarkan berteraskan kepada agama islam seperti Tauhid ,Akidah, dan Akhlak. Intitusi Pendidikan berdasarkan kepada falsafah Pendidikan islam  ini mampu melahirkan masyarakat yang menjiwai agama pada setiap masa dan mengaplikasinya dalam kehidupan seharian. Hala tuju pengajian pada peringkat ini berkesan untuk menjadi pendorong kemajuan manusia dalam aspek kerohanian,pemikiran,moral dan keduniaan berdasarkan falsafah Pendidikan Islam yang diterapkan dalam pembelajaran .

 

1.2)            ERA PENJAJAHAN:




-          Seperti kita ketahui, kedatangan portugis dan belanda ke tanah melayu tidak banyak mengubah sistem Pendidikan tradisional. Perubahan yang amat ketara berlaku apabila inggeris mula menguasai negeri-negeri melayu . Pada zaman penjajahan inggeris terdapat lima jenis Pendidikan  yang berbeza dan masing-masing berorientasikan keperluan identiti kaum iaitu:

1: Sekolah inggeris

2: sekolah melayu

3: sekolah pondok

4: sekolah vernakular bagi etnik cina

5: sekolah vernakular bagi etnik india.

                                        

-          Akibat daripada ketidakseimbangan ini, pihak inggeris telah membuat kajian. Rentetan daripada itu ,beberapa laporan telah dibuat dan dirangka antaranya Laporan Barnes (1950), Laporan Fenn-wu (1951), Ordinan Pelajaran (1952), Laporan Razak (1956). Laporan ini telah membawa perubahan yang besar dalam pembangunan insan negara kita khususnya.

 


2.0) PENDIDIKAN TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN:



-           Pembangunan modal insan merupakan salah satu matlamat utama dalam Pendidikan. Untuk makluman semua, modal insan adalah yang berkait rapat dengan pengetahuan,maklumat,idea-idea,kemahiran dan tahap kesihatan yang dimiliki oleh individu dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab .

-          Pendidikan semasa era penjajahan dilihat kurang signifikan dalam membangungkan modal insan. Hal ini disebabkan hala tuju dan falsafah Pendidikan inggeris tidak memberi peluang  kepada masyarakat melayu khususnya untuk mengembangkan bakat dan kebolehan. Selain itu, jenis Pendidikan yang bersifat bebas menyebabkan terdapat perbezaan jurang dalam Pendidikan yang akhirnya membantutkan pembangunan modal insan.

-          Dasar Pendidikan yang jelas dapat dilihat pada zaman pascamerdeka. Usaha dalam membangunkan insan dan negara pada ketika ini lebih  bercorak untuk membangunkan modal insan. Hal ini selaras dengan ucapan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badhawi sempena hari pekerja (2000) menyeru rakyat berganding bahu agar Pendidikan negara mampu melahirkan modal insan yang kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu bersaing di peringkat antara bangsa . Antara usaha-usaha yang berjaya  bagi melahirkan modal insan adalah penubuhan universiti . Tujuan penubuhan university  ini adalah untuk memberi sumbangan kepada negara mengeluarkan tenaga terlatih dalam beberapa bidang yang relevan,khususnya bagi pembangunan modal insan sebagai teras kedua untuk memperkukuhkan hala tuju dan falsafah Pendidikan negara.

-          Di samping itu, kerajaan juga memperkenalkan j-QAF untuk memastikan pelajar mempunyai kemahiran dalam tulisan Jawi , Al-Quran , Bahasa Arab dan Fardhu Ain untuk melahirkan  insan yang cemerlang akademik dan sahsiah. Komitmen kerajaan untuk melahirkan modal insan terserlah melalui pelancaran PIPP yang menggariskan pembangunan modal insan sebagai teras kedua untuk memperkukuhkan hala tuju dan falsafah Pendidikan negara.


3.0)  PENDIDIKAN TERHADAP PEMABNGUNAN NEGARA:





-          Sorotan sejarah telah memaparkan bahawa dasar dan corak pendidikan pada peringkat awalnya hanya bersifat tidak formal dan tidak mampu menjadi penggerak ke arah pembangunan negara .Namun, setelah sistem pendidikan kolonial diperkenalkan tidak dinafikan bahawa sistem ini telah mempengaruhi pembangunan negara yang masih dikuasai oleh penjajah pada masa itu. Hal ini kadar buta huruf di tahap minimum, Pengurangan in itelah membantu membangunkan negara kerana petani yang menerima pendidikan 4 tahun persekolahan rendah, lebih proaktif sebanyak 20.4% daripada petani buta huruf.

-          Dasar dan corak pendidikan pascamerdeka mempunyai ciri-ciri unggul yang mampu untuk memartabatkan pembangunan negara. Pendidikan pada éra, ini mempunyai kapasiti untuk membasmi kemiskinan melalui hala tuju dan falsafah yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu menyediakan pendidikan kepada semua anggota masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang. Selain itu, hasil pembelajaran akan membentuk pengetahuan, kemahiran, inovasi dan nilai yang menjadi anjakan kepada pembangunan sumber tenaga yang melonjakkan pembangunan negara. Peningkatan pengetahuan ilmu seperti menguasai maklumat, fakta, prinsip, konsep, kepercayaan, kebiasaan, sikap dan kemahiran mampu dijadikan asas kukuh dalam pembangunan negara.

-          Peningkatan Pengetahuan ilmu seperti menguasai maklumat, fakta, prinsip ,  konsep, kepercayaan, kebiasaan, sikap dan kemahiran mampu dijadikan asas kukuh dalam pembangunan negara (Abdul Rahman Md. Aroff dan Zakaria Kasa, 1994).

-           Apabila dasar pembangunan insan dan negara telah diterapkan dalam sistem pendidikan, maka mampu meningkatkan kemahiran dan mengubah nasib seseorang individu. Perubahan ini akan menjana peningkatan taraf hidup dan sosial masyarakat.

-          Peningkatan ini akan memberi impak positif terhadap ekonomi negara khususnya dalam peningkatan guna tenaga yang akhirnya meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

-           Lantaran itu, sememangnya tidak dapat disangkal bahawa falsafah dan hala tuju pendidikan yang terancang memainkan peranan penting dalam membangunkan insan dan negara dari segi ekonomi, politik dan sosial.



4.0)IMPLIKASI PELAKSANAAN DASAR-DASAR PENDIDIKAN DI MALAYSIA TERHADAP PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA :

Pendidikan di negara kita telah mengalami perubahan dalam sistem Pendidikan. Perubahan ini memperlihatkan perbandingan antara sebelum dan selepas kemerdekaan dari aspek pembangunan insan dan negara. Oleh itu terdaapat perbandingan yang jelas hasil dari perkembangan sistem Pendidikan di negara ini. Berikut merupakan beberapa dasar-dasar Pendidikan di Malaysia dalam  pembangunan insan dan negara serta implikasinya:





 * RAJAH DIATAS MENUNJUKKAN IMPLIKASI PELAKSANAAN DASAR PENDIDIKAN TERHADAP  INSAN DAN NEGARA 

 5.0) ISU SEMASA;       
 
Di sini akan kami kemukakan satu isu semasa yang berkaitan dengan kepentingan pelaksanaan dasar pendidikan dalam sistem pendidikan negara kita:


Isu semasa yang sedang hangat berlaku di negara kita adalah kes buli dalam kalangan pelajar di sekolah. Kes ini telah memberi impak negatif  terhadap sistem pendidikan negara kita. Seharusnya kes ini perlu dibendung agar ia tidak melarat pada setiap generasi. Oleh yang demikian, dengan pelaksanaan dasar pendidikan negara yang diperkenalkan kerajaan adalah  memberi dorongan terhadap pelajar supaya  proses pembelajaran berjalan lancar. Misalnya, pelaksanaan dasar " DASAR SEKOLAH SELAMAT" dimana dasar ini bermatlamat untuk membentuk sahsiah pelajar melalui disiplin diri yang mantap dan sentiasa menjaga keselamatan diri. Jadi dengan adanya dasar ini sekurang-kurangnya dapat memberi kesedaran kepada setiap pelajar  untuk menjaga dan melindung diri di sekolah. Tegasnya, secara tidak langsung tabiat ataupun kes buli dapat dibendung dan dihapuskan di negara kita.

          
                            
6.0) KESIMPULAN:

    Kesimpulannya, proses pembangunan insan dan negara telah mengalami perubahan demi perubahan mengikut zaman dalam usaha untuk memartabatkan sistem pendidikan sebagai agen ke arah pembangunan  masyarakat. Oleh itu, pendidikan yang berorientasikan falasfah untuk melahirkan insan yang berjiwa besar dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan menentukan hala tuju pembangunan negara di masa hadapan. Justeru, di dalam menguruskan pembangunan insan untuk membentuk masyarakat madani bagi kelangsungan sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita seharusnya bangkit dari mimpi indah dan sedar bahawa sudah tiada masa untuk kita terus beretorika, bertegang leher dan berkering tekak memperdebatkan sesuatu isu tanpa pengaplikasian resolusi untuk menjadi realiti. Ingatlah, jatuh bangunnya generasi mendatang adalah impak terbesar dari generasi yang beraksi dimasa ini.


6.0) RUJUKAN

1)  https://harakahdaily.net/index.php/2017/11/30/sejarah-sistem-pendidikan-di-malaysia-selepas-merdeka/

2) https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/09DASAR_PENDIDIKAN_KEBANGSAAN.pdf

3) https://www.moe.gov.my/dasar/1196-buku-dasar-kpm/file

4)  Zaini Abdullah, 2021, Modul Perkembangan Pendidikan Di Malaysia Falsafah Dan Dasar, PENERBIT UPSI, Cetakan Keenam

Comments

Popular posts from this blog

HUBUNGKAITAN DI ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN, DASAR PENDIDIKAN DAN SISTEM PENDIDIKAN KE ARAH KEMANTAPAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA